Tayangan halaman minggu lalu

Senin, 04 April 2011

cp:083180512686

Dulang Tembaga

Sejak dahulu lagi, Dulang Tembaga sering mendapat tempat dihati masyarakat Melayu. Selain daripada beberapa peralatan yang lain seperti periuk, kuali dan peralatan tembaga yang lain, dulang tembaga digunakan untuk mengisi pelbagai jenis masakan, malah menurut sesetengah individu, masakan yang disimpan di dalam dulang tembaga lebih enak. Terdapat pelbagai jenis dulang yang boleh didapati antaranya ialah, dulang tanpa penutup dan dulang berpenutup.
Dulang Tembaga ini berfungsi sebagai bekas serbaguna, ia digunakan untuk mengisi makanan, dulang hantaran dan dulang mengisi pelbagai barang kemas. Kebanyakan bahagian bawah dulang dihiasi dengan corak motif daun. Sehingga kini penggunaan dulang masih dapat dilihat di merata-rata tempat, namun demikian, kemahiran untuk membuat barangan yang dihasilkan oleh tembaga ini secara tradisional atau dengan kata lain menggunakan cara lama agak sukar untuk ditemui. Malah, ada di antara masyarakat sekarang yang masih gemar mengisi lauk pauk di dalam dulang tembaga.
Dulang Paha Tembaga Air Mawar
Terdapat pelbagai jenis dulang tembaga yang lain antaranya ialah dulang besar, dulang tembaga berpenutup dan dulang-dulang yang biasa digunakan hari ini. Namun demikian terdapat juga sejenis dulang yang biasanya digunakan sebagai alat meletak barang hantaran di kalangan kerabat diraja dan juga di kalangan orang kenamaan iaitu pahar, namun ianya agak berbeza dengan dulang-dulang tembaga yang lain.
Teknik yang digunakan untuk menghasilkan dulang tembaga ialah Teknik Acuan. Teknik pembuatannya agak sama dengan Periuk Tembaga.


Prev: Cerek Tembaga
Next: Periuk Tembaga

dulang berkaki